yOur FuLL LuV

Monday, 10 October 2011

Full Love Choc


Bab 2

          Cahaya matahari menembusi tingkap kaca Bear.Mata Bear masih lagi tertutup rapat.Pintu biliknya terkuak.Kelihatan seorang perempuan tua sekitar umur 50-an masuk ke dalam sambil membawa sepasang kasut.Perempuan tua itu meletakkan kasut itu di atas meja belajar Bear.Kakinya terus melangkah ke arah Bear yang masih lagi nyenyak.

          “Bangun!!!!Kamu perlu ke sekolah hari ini.”

          Bear memalingkan badannya ke arah lain.Wanita tua itu hanya mampu mengelengkan kepala dan beredar dari bilik tidur Bear.Wanita tua itu ke bilik Lulu.Apabila pintu bilik dibuka,kelihatan Lulu sedang bersiap sambil membetulkan kedudukan bantal.Wanita itu tersenyum.

          “Cik puan muda Lulu…”

          Lulu menoleh.Matanya menatap segenap tubuh wanita berusia itu.

          “Maaf….Mak cik ni siapa??”

          “Panggil mak cik Jane.Mak cik adalah pembantu Cik Brenza.”ujar mak cik Jane dengan senyuman sambil meletakkan sepasang kasut di hadapan Lulu.

          Lulu membalas senyumannya.

          “Mak cik Jane…Tolong jangan panggil saya cik puan muda...”

          Wanita itu tersenyum kembali lalu beredar dari situ.

          “Oh!Lupa nak bagi tahu.Adik kamu belum bangun lagi.Tadi mak cik dah cuba kejutkan dia.Tapi mak cik rasa kamu lebih kenal adik kamu.”Mak cik itu tersenyum lagi.

          Penghuni rumah ini gila kot!!! Bisik hati Lulu.Lulu menyarung kasut barunya.

Kakinya laju melangkah keluar dari bilik dan ke bilik adiknya. Lulu melihat Bear sedang nyenyak di atas katil sambil membuat aksi yang agak kurang rasional.

          Lulu menghampiri katil Bear.Perkara yang paling susah yang Bear tidak dapat atasi ialah masalah tidurnya.Namun, Lulu mempunyai penawar untuk ini. Pantas tangan Lulu hinggap ke pipi Bear.

          “ Lulu!!!!!”

          Lulu  segera melarikan diri.

          “Jaga-jaga.Nanti ada balasan dari Bea Ryanica yang cute.”

          Bear berlalu ke bilik air.

          Brenza tersenyum.Lama juga dia menyembunyikan diri di belakang pintu. Melihat keletah gadis-gadis itu bergurau terasa rumah ini kembali dengan kehangatan kasih sayang. Adik-beradik ini mampu memberi sebuah rasa kemesraan yang tidak dapat Brenza rasakan. Pasti dia juga sebaya Lulu.Semoga kau mempunyai perasaan yang sama seperti mereka.Bisik hati Brenza.

          “Ingat!!! Rahsiakan identiti kamu adalah anak Byan Ryan. Kamu berdua akan menggunakan nama keluarga moyang kamu. Mulai hari ini nama kamu berdua ialah Eluluza Luvbea Arith dan Bea Ryanica Arith.Faham!!!!!”

          Lulu dan Bear hanya menganggukkan kepala saja.Mata Brenza beralih kepada Lulu.

          “Jaga adik kamu baik-baik.Kamu ingatkan jalan balik nanti.”

          Sekali lagi Lulu menghadiahkan anggukan kepala.

          “Besarnya sekolah ni. Jewelry Star Academy…. Nama pun macam vogue..”

          Telinga Bear ditarik oleh Brenza.

          “Kamu ni cuba jangan buat masalah.Ma Za belum lagi habis cakap kamu dah keluar dari kereta.Lulu!!”

          Segera Lulu mendapatkan Brenza.

          “Ma Za tahu ini adalah pertama kali kamu ke sekolah tapi Ma Za nak kamu memahami kehidupan dunia industri hiburan agar kamu dapat menegakkan keadilan untuk kematian ayah kamu.”Ujar Brenza sambil memegang bahu Lulu dan Bear.

          “Bear akan pastikan itu.”

          Senyuman Brenza terukir di bibir.Dia mencium dahi kedua-dua anak angkatnya.Kakinya pantas melangkah dan masuk ke perut kereta.

          “Bear….Lulu tak nak Bear datangkan masalah.”

          “Emmm….Bear sukalah style rambut Lulu yang baru.Ma Za pandai ubah penampilan kita.Semua barang kita jadi barang macam orang biasa.Bear paling suka penampilan Bear yang baru.”

          Ketawa Lulu meledak.

          “Macam penampilan orang kampung. Bear ni kelakarlah. Malam tadi kutuk Ma Za.Sekarang puji dia.”

          Bear terus mengorak langkah.Lulu masih ketawa lagi.Kakinya masih mengejar Bear.Tiba-tiba langkah Bear terhenti.

          “Lulu…Bear nak Lulu jadi diri sendiri.Jangan terlalu lembut sangat. Sebenarnya Lulu macam tu sebab nak jaga hati papakan.Sekarang papa dah tak de.Lulu boleh jadi diri sendiri dan bebas bergerak.”

          Dahi Lulu berkerut.Matanya merenung Bear.

          “Mana boleh.Kita anak Byan Ryan kena jaga imej papa.”

          “Lulu..Kita bukan anak Byan Ryan sekarang.Sekarang kita adalah orang miskin yang bernama Eluluza Luvbea dan Bea Ryanica.Sifat kita kena keras supaya orang tak pijak kita.”

          Bear memegang tangan Lulu.Lulu hanya terdiam seketika.

          “Okey..Sekarang Lulu jadi orang yang kuat dan berani.Selain itu, Lulu orang yang yakin pada diri sendiri,happening,cute dan pantang dicabar.”

          Lulu mengangguk sambil ketawa kecil.Bear turut ketawa.

          “Bear pula jadi orang yang ceria,cute,feminine,penyayang dan suka bawa masalah untuk orang yang jahat dengan dia.Selain itu, kita adik beradik kena berpura-pura lupa kemahiran kita sewaktu kita anak Byan Ryan.Okey??

          Lulu menghulurkan jari telunjuknya dan Bear membalas dengan jari telunjuknya.Kemudian jari mereka berdua saling mengenggam.

          “Kamu berdua di sana.”

          Mata Lulu dan Bear menoleh ke arah suara yang memanggil.Seorang lelaki dewasa berusia lewat 20an.Dia menghampiri Lulu dan Bear.

          “Kamu adalah LuluBear dari ladang Keypark kan.”

          Pertanyaan itu dijawab dengan anggukan yang serentak adik-beradik tu.

          “Saya dah dengar cerita dari Untie Brenza pasal kamu berdua. Rupa-rupanya kamu anak kepada Byan Ryan.Saya disini akan menjaga kamu.Mari ikut saya ke pejabat pengetua.”jelasnya dengan menatap Lulu dan Bear.

          Lelaki itu mula melangkah.

          “Nanti!!!”

          Dia menoleh.Lulu dan Bear menghampiri lelaki itu.Bear memandang dengan teliti.

          “Siapa nama???”

          Bear bertanya.Lulu tersenyum sinis.Lelaki memandang pelik pada Lulu.

          “Mr Miki.Saya adalah pengajar bidang management artis.”Jawabnya dengan ragu-ragu.

          Lulu berdiri didepan Mr.Miki.

          “Asal mana???”Tanya Bear lagi.

          “Saya memang orang sini.”Ujarnya dengan mengerutkan dahi.

          Kenapa aku pula yang kena soal siasat??Budak-budak ni memang pandai.Bisik Miki. Mr.Miki cuba memutar kembali imbauannya ke masa lalu ketika dia berjumpa dengan Byan Ryan.

          “Kalau kamu berjumpa anak-anak uncle,kamu akan rasa geram dengan sikap nakalnya. Miki…Tapi kamu akan sayang dengan mereka kerana sifat mereka yang prihatin dan saling membantu.”

          Lulu memukul pipi Miki.

          “Auw!!!!”

          Terasa hangat pipinya.Lulu dan Bear ketawa terbahak-bahak.

          “Abang Miki…Tangan Lulu memang suka melayang.Tiap pagi Bear akan terima pukulan tu.”

          Miki masih mengusap pipinya dan kakinya mula bergerak. Lulu dan Bear turut menuruti langkahnya ke dalam bangunan megah.

          “Wah!!!!!Besarnya bilik ni.”

          Mulut Bear ternganga melihat keadaan di dalam bilik tersebut.Kelihatan lelaki berusia lingkungan 50-an namun gaya seperti orang muda.Lulu menahan tawa dengan tangannya.Namun kedengaran sebuah ketawa besar dari Bear.Kemudian diikuti oleh Lulu.

          “Apa yang kelakar sangat pada kamu berdua??”

          Mati ketawa pasangan adik-beradik LuluBear. Sunyi seketika ruang bilik itu.Miki masuk ke bilik dengan membawa dua buah fail dan memberi kepada lelaki tua itu.

          “Tuan,mereka ini adalah adik-adik saya. Fail itu semua butir-butir tentang mereka.”Ujar Miki.

          Lulu dan Bear hanya membalas pandangan.Miki pula memegang bahu Lulu dengan mesra. Lelaki tua itu memandang Lulu dan Bear dengan teliti dari atas hingga bawah. Kemudian dia kembali ke tempat duduknya.Di atas mejanya terlihat sebuah papan kayu yang terukir sebuah nama Tqanz Quartz.Lulu dan Bear masih menahan ketawa apabila melihat papan kayu tersebut.

          “Oh!!Saya terlupa.Inilah adik-adik kamu yang dipelihara oleh keluarga angkat dan kini mereka tiada tempat bergantung selain kamu.”jawabnya dengan senyuman yang sinis.

          Lulu dan Bear terpaku seketika. Miki hanya mendiamkan diri.

          “Hantar mereka ke kelas masing-masing.”tambah lagi Tuan itu.

          Miki mengangguk dan cuba beredar.

          “Terima kasih Tuan Tq.”Ucap Lulu dan Bear ketawa kecil.

          Lelaki tersebut merenung ke arah Lulu dan Bear.

          “Maaf Tuan”

          Miki kelihatan ketakutan apabila lelaki itu merenung pasangan adik-beradik LuluBear.Bear hanya tersenyum dan Lulu membalas senyuman.

          “Kamu berdua sebagai pelajar harus panggil Tuan Pengetua.Faham!!”Miki membesarkan matanya sambil berkata dengan tegas.

          “Baik Tuan!!!”

          Jawab Lulu dan Bear dengan serentak. Hati mereka berdua sedang mentertawakan nama Tuan Tqanz Quartz. Nak ucapkan terima kasih tapi nama dia sama makna dengan terima kasih.Kelakarlah!!! Comel macam tuan punya nama. Dah tua tapi lagak muda. Hahahaha!!!!
         



No comments:

Post a Comment