yOur FuLL LuV

Thursday, 29 September 2011

Novel "FuLL Love

FULL    LOVE
Bab 1
          “Ayah  kamu terlibat dalam kemalangan.Pihak kami telah uruskan pengebumian mereka.”
        
           Kata-kata yang telah mengubah hidup anak si mati 360 darjah.Hidup mereka terumbang-ambing apabila syarikat pengurusan ayah mereka telah jatuh muflis.Ayah mereka telah berpindah dihujung teluk Mixland.Jauh dari bandar Eyiesland yang maju dari segi dunia industri hiburan.Bandar tersebut memang sinonim dengan dunia yang penuh populariti,paparazzi,kontroversi dan segala keglamouran.Namun dunia industri hiburan ini kejam dan sanggup menikam sahabat sendiri dan sebagai contohnya ialah ayah mereka.Ayah mereka adalah salah satu yang telah dikhianati.
          “Lulu…Ingat pesan ayah.Lulu kena jaga Bear baik-baik.Pastikan kamu semua habis pengajian di Jewelry Star Academy.Kamu adik-beradik mesti pengiktirafan ‘Fly Tertinggi’.”ujar si ayah  sewaktu meninggalkan si adik-beradik dan kini si ayah tiada.
          
            Lulu dan Bear telah dibawa pergi oleh peguam keluarga mereka iaitu Mr.Bezym Edrind.Mereka dibawa ke sebuah rumah yang dipenuhi taman bunga dan tumbuh-tumbuhan.
          
            “Lulu…Bear ini rumah peninggalan keluarga sebelah mendiang ayah kamu.Nama rumah ialah Garden Love House.Nama ini diletak sempena taman bunga yang mengelilingi rumah ini dan taman bunga itu di tanam oleh moyang kamu.”
          
           “Cantiklah uncle…Bear suka.Lulu…kenapa kau serius sangat ni?”
          
            Lulu merenung ke arah Mr.Bez.
          
            “Uncle  faham apa persoalan kamu tu Lulu.Memang ayah kamu telah jatuh muflis tapi sebelum mendiang ayah kamu muflis,rumah ini dan serta beberapa bon dan ladang-ladang di Keypark telah diwasiatkan ke atas kamu berdua.”Ucap Mr.Bez dengan tegas.
          
             Bear berlari ke arah sebuah kolam yang mempunyai arca beruang yang besar dan mulut arca beruang itu mengeluarkan air.Lulu melangkah ke arah sebuah pondok yang menghadap ke arah kolam.Mr.Bez menghampiri tempat Lulu.
          
             “Kamu sekarang berusia 17 tahun dan Bear pula berusia 16 tahun.Kamu akan mewarisi semua harta ini pada kamu berusia 20 tahun.Namun,ada beberapa perkara yang pak cik nak kamu tahu.
        
             Bear masih lagi bermain-main di tepi kolam.Mata Lulu beralih ke arah Mr.Bez yang sedang kerisauan.Lulu hanya mampu mengeluh.
          
             “Apa lagi kejutan yang perlu Lulu tahu Uncle?”Lulu memeluk lututnya.
          
              Mr.Bez membetulkan kedudukannya.Bear berlari ke arah titi kolam tersebut.Lulu hanya mampu memerhati Bear.
          
              “Uncle akan tinggalkan kamu berdua disini.”
          
              “Apa???”
          
              “Uncle nak kamu tahu nyawa kamu akan terancam bila kamu bersama pak cik.”
          
              Mr.Bez membuka satu butang bajunya.Peluhnya membasahi baju.Riak wajahnya resah.
          
              “Kenapa terancam pula???”
          
              “Lulu..Sahabat mendiang ayah kamu yang mengkhianati ayah kamu akan lakukan apa saja untuk dapatkan harta kamu.Kini sasaran dia adalah kamu berdua.Untuk mencari kamu,dia akan cari Uncle.Uncle terpaksa tinggalkan kamu di sini kerana tiada seorang sahabat ayah kamu tahu tentang tempat ini.”ujarnya sambil memegang tangan Lulu.
          
               “Tapi macam mana kami nak hidup kalau berdua dan kami perlukan seseorang.”luah Lulu dengan kerutan dahinya.
          
                Lulu mengalih pandangannya kepada Bear yang sedang bermain air kolam.Mr.Bez turut melihat Bear seperti Lulu.
        
               “Dah lama kau sampai Bez?????”
          
                Mata Lulu,Bear daan Mr.Bez tertancap ke arah suara seorang wanita dalam lingkungan 30-an.Mr.Bez membetulkan kedudukannya dan menatap perempuan tersebut.
          
                “Brenza…Inilah budak-budak yang aku ceritakan.”
          
                 Wanita yang bernama Brenza menghampiri Mr.Bez lalu memeluknya.Mr.Bez membalas pelukan Brenza dengan erat.
         
                 “Aku akan jaga mereka seperti anak aku.Aku nak kau jaga diri kau.Ryo tak akan lepaskan kau macam tu.Aku kenal sangat dia.”bisik Brenza sambil menepuk belakang Mr.Bez.
          
                   Mr.Bez bingkas bangun dan sempat menoleh ke arah Lulu.
         
             “Lulu…Mendiang ayah kamu pernah berpesan pada uncle bahawa kamu adik-beradik akan mengubah dunia perniagaan industri hiburan dengan kebijaksanaan kamu berdua.Uncle harap uncle sempat untuk melihat kejadian itu.”ucap Mr.Bez dengan jujur.
          
               Mr.Bezym mengorak langkah pergi dan menjauh.Wanita bernama Brenza itu memanggil Lulu dan Bear masuk ke dalam rumah.Mata Lulu dan Bear hanya mampu menikmati sketsa pemandangan hiasan dalaman yang menakjubkan di dalam rumah moyang mereka.Mulut Bear ternganga menunjukkan dia mengakui kehebatan si penghias rumah ini.Lulu melangkah ke satu sudut.Mata Lulu terbuntang besar apabila melihat gambar keluarga yang terbingkai dengan kayu jati.
          
                    “Lulu…..”
        
                    Bear cuba mendapati Lulu turut terkejut.
          
                    “Muka dia mirip ‘Lulu’lah???”
        
             Tiba-tiba wanita bernama Brenza datang sudut itu.Dia tersenyum lalu melabuhkan punggungnya pada kerusi kayu jati di situ.
          
              “Ma Za pun terkejut bila nampak Lulu”Ujarnya sambil menuang air teh hijau ke dalam cawan.
          
              Perbuatannya di teruskan dengan mengambil biskut coklat di piring yang tersedia di atas meja lalu disuakan dalam mulutnya.Bear yang dari tadi melihat tingkahlaku Brenza turut mencapai biskut coklat di piring.Namun tangannya dikutil.
          
             “Auww!!”
          
             “Minta izin dulu sebelum nak makan.”
         
          Tangan Brenza mencapai biskut tersebut dan dihulur kepada Bear yang sedang membelai tangannya yang dikutil.Pada mulanya,Bear pura-pura merajuk namun Lulu menyambut pemberian Brenza dan diberi kepada Bear.Bear tersenyum dan menerima pemberian kakaknya.Bear memakan sebahagian biskut itu dan disua ke mulut Lulu.Brenza yang melihat situasi itu hanya mampu melihat keakraban adik-beradik tersebut.
         
              “Kamu berdua tahu tak kamu adalah pewaris keluarga Dick Arith dan Yun Qr?”
                         Lulu dan Bear mengelengkan kepala serentak.Brenza tersenyum melihat mereka.
          
             “Mendiang Dick Arith adalah moyang kamu yang membina rumah ini.Beliau ialah seorang penyanyi terkenal sewaktu dia hidup.Mendiang Yun Qr adalah anak Dick Arith dan merupakan nenek kamu.Beliau pula adalah pelakon terhebat dan dipuja ramai peminat kerana bakatnya.”ucap Brenza sambil menuding ke arah bingkai gambar di ruang itu.
         
                “Untie….Jadi muka Lulu sama nenek Qy???”
          
                Brenza mengangkat keningnya.Bear menarik muncungnya.
          
                “Panggil saya Ma Za.This person is Yun Qr not Qy like you say my dear.”
          
               Lulu terdiam dari tadi melangkah lebih dekat ke arah bingkai gambar yang besar itu.Bear pula duduk di atas kerusi kayu jati sambil mengunyah biskut coklat.Mata Brenza hanya mampu menuruti susuk tubuh Lulu.
          
             “Ma Za….Tapi kami berdua tak pernah tahu pasal keturunan kami.Kami hanya tahu dari ayah bahawa kami tiada saudara.”Ujar Lulu yang dihiasi kerutan dahi.
          
               Brenza bangkit dari tempat duduknya dan mendekati Lulu.
          “
           Ma Za tahu tentang itu.Ayah kamu memang sengaja merahsiakan asal usul keturunan kamu.Ayah kamu telah melanggar perintah mendiang nenek kamu dan telah mengahwini tunang orang.Mendiang nenek kamu sentiasa mengikuti perkembangan kamu sehingga akhir nafasnya 2 tahun lepas.”luah Brenza sambil memeluk bahu Lulu.
      
    Bear berhenti mengunyah dan merapati Lulu dan Brenza.Brenza memandang Bear.Kemudian Bear menarik Lulu ke dalam pelukannya.

          “Wajah Lulu sangat mirip dengan mendiang neneklah”

          Bear memegang wajah Lulu dan diusapnya.Brenza kembali ke tempat duduknya.Lulu memimpin tangan Bear ke kerusi kayu.Brenza menghirup teh hijau.Tangannya yang halus dan bersama jari yang runcing membuat Bear memerhatikannya.

          “Kamu berdua kena rahsiakan identiti keluarga kamu dan mula sekarang kamu adalah anak angkat Ma Za.Bila ada orang tanya kamu, kamu kena pandai menjawab.Faham!!”

          Lulu dan Bear sekali lagi menghadiahkan anggukan kepala.Brenza berlalu dari ruang bersejarah.Bear memandang Lulu dengan penuh teliti.

          “Lulu…Bear rasakan Lulu pun ada bakat nenek.”

          Lulu tersenyum melihat keletah adiknya.

          “Lulu…Keluarga kita ni banyak rahsialah.Papa meninggal tiba-tiba.Tiba-tiba kita ada moyang dan nenek yang famous zaman muda dia.Fuhhhh!!!Bear pun nak macam diorang.”Ujar Bear sambil mengayakan beberapa gaya model.

          Lulu hanya mampu mengelengkan kepala dan tersenyum manis.Bear mendekati Lulu.Bear memegang tangan Lulu.

          “Lululah ibu Bear.Lulu sentiasa temankan Bear.Bearlah yang menjadi punca papa dan Lulu kehilangan ibu.Ibu mati sebab nak lahirkan Bear.”ucap Bear sambil teresak-esak.

          Pantas tangan Lulu mengesat airmata Bear dan memeluknya dengan erat.

          “Bear jangan fikir macam tu.Bear tahu tak nama Bear diberi oleh ibu?”

          Bear pula mengelengkan kepala.Tangan Lulu mengelus rambut Bear.Bear menghadiahkan air jernih di hadapan Lulu.

          “Bea Ryanica…”

          Lantas Bear menoleh ke arah Brenza yang menyebut namanya.Lulu turut melemparkan pandangan pelik kepada Brenza.

          “Bea Ryanica…Nama tu gabungan nama ibu kamu dan ayah kamu malah singkatan nama kakak kamu pun ada.”

          Bear memandang Lulu.Lulu tersenyum menandakan tanda setuju.

          “Bea Ryanica…..Eluluza LuvBea..nama yang unik.Unik bila menyebut nama kamu berdua.”

          Brenza menghampiri mereka bersama dua uniform sekolah.Brenza menghulurkan kepada Bear.Bear menyambut dan membeleknya dengan teliti.

          “Jewelry Star Academy….”

          Anggukan Brenza telah membuat Lulu memandang ke arah uniform tersebut.

          
“Kamu akan belajar disana.Tapi Ma Za tak dapat masukkan kamu ke dalam bidang lakonan atau nyanyian.Pemilihan academy tu ketat.Kamu akan diserap dalam bidang fashion.Walaupun tak segah lakonan dan nyanyian, kamu boleh berjaya.”Kata Brenza dengan menghadiahkan sebuah kenyitan mata.

          Bear memandang Lulu.Lulu memandang Bear.Brenza melihat telatah mereka dengan senyuman.

          “Kamu berdua akan menjalani latihan peribadi dengan Ma Za mulai minggu depan.Kamu boleh naik keatas.Bilik Bear sebelah kanan yang paling atas dan bilik Lulu sebelah kiri paling atas.”Ujar Brenza sambil ketawa dan melihat ke pergelangan tangannya.Berkilauan..

          Brenza asyik membelek rantai tangannya.Lulu dan Bear segera naik ke atas untuk melihat bilik mereka.Tiba-tiba…

          “LuLu!!!!!Bear!!!!”

          Langkah mereka berdua terhenti.Bear menoleh dan tersenyum.Lulu masih lagi berdiri  tegak akibat terkejut.

          “Tu!!!!!”

          Pantas Bear berlari mendapatkan uniform dia dan Lulu.Sempat lagi Bear menghadiahkan sebuah flying kiss pada Brenza.Lulu menoleh ke belakang.Lulu pun melambai ke arah Brenza apabila Bear menarik tangannya.

          “Aku bagi flying kick nanti baru tahu budak dua ekor tu”Brenza membebel sambil tersenyum melihat gelagat Lulu dan Bear.



ChOc LuV - 2

NExt post nt saya akan masukkan hasil karya saya yang blum siap sepenuhnya tapi saya nak tau dulu respon org yg membce....Good LuCk to mE.....

Monday, 26 September 2011

FirST chOco Luv

First Choco Luv

First  time buka blog...Saya nie bukan orang yang pandai ttg IT..So I hope u all Can accept my Blog yg x seberape nie..Blog nie boleh la dikatakan show yourself la...Kongsilah bakat sastera, ayat jiwang ke, novel pendek ke, cerpen or anything je yg mampu memberi kepuasan estetika dan jiwa yg lme terkurung dalam diri u all yg lg 1..Fufufufufuf....